ASSALAMU A'LAIKUM WARAHMA TULLAH.. MUGA CERIA BAHAGIA, DISAMPING YANG TERSAYANG.. YANG TERCINTA.. AMIN..


Sunday, 4 June 2017

Yang Dikaburi.

Orang yang bertauhid bukan yang paling banyak ibadahnya. Syaitan pernah menjadi makhluk Tuhan yang paling banyak beribadah, namun akhirnya tenggelam dalam kesyirikkan kerana gagal meruntuhkan berhala ke`aku`an dalam dirinya. Melihat dirinya hebat dengan ibadah-ibadah yang dilakukannya.

Hakikatnya, orang yang bertauhid ialah yang `mengosongkan' dan `menghilangkan` pandangan dirinya, dan melihat segalanya kerana Allah Azza Wajjala. Tidak akan ada insan yang  mampu beribadah, seandainya bukan atas kudrat dariNya.

Maka pandanglah apa jua dari Allah, dengan Allah, dan hiduplah untuk Allah. Dengan pandangan itulah, akan hilang perasaan `wujud diri` seperti perasaan kesombongan, keakuan dan rasa `miliki`.
 

"Punca sombong adalah apabila kita rasa kita `memiliki sesuatu`. Sebab itulah Rasulullah mengajarkan para sahabat selama 13 tahun untuk sucikan syirik `rasa milik diri` kepada `segalanya milik Allah` sebelum datangnya seruan menunaikan segala ibadah syariat (solat, puasa, zakat, dll)"
 

`Berhala dalam diri`,  itulah syirik yang bahaya tapi dikaburi.
 

 "Apakah makna berdiri dalam solat.. Apakah makna Ruku dan Sujud.. Apakah makna bacaan Al-Fatehah dan tasbih jika engkau melihat segala darimu bukannya dari Kudrat dan Kasih Sayang dariNya.. Maka tika tu engkau tergelincir dalam kesyirikan yang amat hina menduakan sifat kekuasaan  antara mu dengan Tuhan Mu" Allahu Akbar


No comments: